Kelas Keusahawanan (Bersama Tuty’s Bakery) Anjuran Bersama PI Kg Quop & PI Sg Bandung & PI Bengoh
14 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mei 2018 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Quop telah mengadakan kelas keusahawanan yang dihadiri oleh seramai 15 orang peserta. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan oleh tenaga pengajar iaitu Puan Tuty selaku pengusaha kedai roti di Serian. Selepas itu, beliau membahagikan para peserta kepada 3 kumpulan untuk memudahkan sesi latihan. Beliau menunjukkan setiap langkah atau cara –cara menghasilkan Kek Viral yang asas.
Peserta berpeluang menghasilkan sendiri kek viral selepas diberi tunjuk ajar. Akhir sekali, program ditamatkan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada tenaga pengajar serta sijil untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: